Total Pageviews

Saturday, August 6, 2011

Weekend

Selamat pagi semua..sepatutnya aku ke kk untuk appoinment hari ini tetapi aku batalkan memandangkan kenderaanku yang belum kubaiki lagi...jadi aku cuma berehat dirumah sahaja...mungkin pada minggu hadapan baru aku akan ke kk...dan sepatutnya minggu hadapan, aku fly ke kl untuk sesi pendaftaran master..tetapi memikirkan bahawa aku nak fokus pada bizz dulu aku batalkan hasratku itu...biarlah aku buat satu persatu..kalau tak nanti usaha aku tak akan sampai kemana...uplineku sering menasihakan aku agar FOKUS....dan itulah yang aku lakukan sekarang...


Kekadang...datang juga rasa putus asa dalam hati kerana gagal untuk influence orang...tetapi aku sering kali mendapatkan semangat dengan membaca entri blog upline-uplineku yang telah berjaya..bagiku..merekalah mentor-mentor hebat yang sentiasa membimbing aku bila aku perlu dibimbing...


Apa yang hebat dengan bisnes ini?

Bisnes MLM yang pertama kali aku join....

Dulu waktu aku diperkenalkan oleh Kak Ash mengenai bisnes ini aku mengambil masa hampir 5 bulan untuk memikirkan mengenai bisnes ini..Aku tak ambil keputusan mendadak..Mungkin itu jugalah yang difikirkan oleh orang-orang yang aku jumpa..may be..aku cuma follow up mereka...agar mereka juga akan turut sama dalam perniagaan yang hebat ini.


AT 181...

Akademi ini ditubuhkan oleh CDM Kartini dan suami dan kini.. akademi ini teah mengeluarkan hampir ratusan graduan yang berjaya dalam bidang perniagaan...Aku antara pelajar yang masih belajar di akademi ini..Masih lagi mencari-cari titik kejayaan sama seperti mereka.....


Kenapa aku nak buat?

Bukan kerana aku gila duit..

Tetapi aku nak langsaikan Personal Loan dengan Hutang PTPTN ku yang masih bertimbun...
Aku nak bagi hadiah kepada kedua orang tuaku..

Aku nak bagi rumah..tanah...

Aku nak bagi peluang pada adik-adik ku untuk menikmati hidup yang lebih baikk..


Dulu..aku hidup susah...

untuk bayar yuran sekolah...ibu dan ayah pagi-pagi dah bangun..ke kebun untuk menoreh..

kalau cuti..aku juga turut serta..selain dari itu..ibu dan ayah bercucuk tanam untuk menapung kehidupan kami sekeluarga...

Tanam padi...sayur..then kalau ada lebihan jual kat Tamu..selalu kat Tamu Tenghilan..

Kalau musim buah..aku jual buah kat guru-guru atau rakan-rakan sekelas..

Kalau durian..dapatlah RM5.00 sebiji...kadang-kadang beg aku rosak sebab bawa durian dalam beg...Lepas balik dari sekolah..aku jahit beg itu..kadang-kadang mak yang jahit....

Musim buah Belunu...aku jaul belunu RM 0.20 sebiji..

dapatlah aku merasa makan makanan kat kantin sekolah..


Dulu Mak bagi duit 20 sen..paling banyak 50 sen...ayah kata..x baik budak-budak pegang duit banyak-banyak kesekolah....kadang-kadang aku masak bekal untuk diri kusendiri....lagi jimat....


Perjalanan ke sekolah mengambil masa hampir sejam..Jalan kaki jer...Taklah jauh sangat..cuma 5 km jer....tapi sebab dah biasa..jadi tidak masalah bagi diriku...


Mengingat kembali kenangan-kenangan tersebut..aku tersedar...rupa-rupanya..aku nie telah diasuh untuk menjadi tabah oleh mak dan ayah sejak dari kecill..telah diasuh untuk berdikari sejak dari kecil...dan aku juga telah didisiplinkan oleh ayah aku sejak aku kecil....aku bersyukur...dan aku cukup beruntung kerana dijadikan seperti ini..mungkin kalau aku dilahirkan senang..aku tak akan menjadi setabh seperti sekarang..


Aku sering berpesan dengan diriku sendiri..kalau dulu aku boleh hadapi semua cabarna tersebut dengan senyuman..kenapa tidak sekarang....Aku tahu aku boleh berjaya dalam bisness yang aku join ini asal aku berkeinginan untuk berjaya..asalkan aku berusaha sedaya-upaya aku..


Wahai rakan-rakan ku diluar sana...yang masih hidup dalam zon yang selesa...untuk menjadi senang memang bukan senang...tetapi kalau dibuat betul-betul..tidak susah untuk menjadi senang...

Harus ada ketabahan dalam hati..

harus ada kesabaran dalam hati...

Follow bisness ini kerana hidup kita bukan hanya untuk makan gaji..tetapi banyak lagi yang kita boleh lakukan seandainya kita buat sesuatu yang orang tidak buat...


Sekian untuk hari ini...

Jumpa anda di Puncak Kejayaaann...choww....


Monday, August 1, 2011

Kelab Jutawan

Bukan senang untuk menjadi senang..bukan susah untuk menjadi susah...

Belum cuba belum tahu..


Cabaran

Penat sungguh semalam...aku jalan awal dari kampung dengan niat untuk jumpa dgn kawan2..share-share knowledge.....share-share pasal peluang bisnes yang boleh di buat..Sewaktu sampai di Tuaran, kereta tiba-tiba macam jem..nak jalan pun susah...Nasib baik my Cousin yang kerja di UMW tu cuti..then minta tolong dengan dia...dia tinggal kat area 1B..aku risau kot-kot tengah2 jalan keta aku tu tetiba melompat ke....meletup ke......tetapi aku beranikan diri untuk driving.....hampair2 tak sampai kat rumah my cousin tapi nasib baik last-last boleh sampai juga....Sesampai kat rumah cousin....dia kata break jem.....check punya check punya check...break aku tinggal nak meletup lagi...alahai...dah lah hari minggu....banyak kedai yang dah tutup..nasib baik ada keta yang boleh dibawa untuk mencari part2 yang perlu ditukar....cari kedai tu masalah lagi....pusing sana..tutup sudah..pusing sini..pun tutup sudah...alahai...aku rasa macam nak bomm jer kedai-kedai tu...dipendekkan cerita...keta ok menjelang pukul 6 petang.....dan aku perlu bergegas untuk balik keningau...dan tak jadilah aku berdemo lagi..sekarang ni aku tengah down..tak tau nak start balik macam mana...


tapi aku percaya..setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..mungkin semalam aku tak sempat jumpa orang..mungkin esok lusa...ada pula orang yang akan cari aku...betullah cakap orang..mana ada dalam dunia ni yang senang nak dapat..berak pun kena cari tandas..makan kena cari kedai atau masak dulu....bak kata orang..orang gila pun susah nak hidup..


apapun..aku kena teruskan juga bizz aku ini..selagi aku tak buat...aku makin jauh untuk berjaya..aku makin lama untuk capai apa yang aku mau..aku tidak akan pernah berjaya....


sesiapa yang nak share pengalaman bizz dengan aku..call or sms...013-6289690/019-6129690...

Thursday, May 5, 2011

Mari kita mencapai Kewangan Mandiri

Kawan-kawanku
marilah kita mencapai kewangan mandiri dalam kehidupan kita
agar kita boelh menikmati kepuasan dalam kehidupan kita
agar kita boleh memperuntukkan sedikit daripada kesenangan kita kepada yang memerlukan..
dan agar kita boleh hidup bukan kerana untuk bekerja..

apakah maksud kewangan mandiri
maksudnya apabila pendapatn kita melebihi daripada perbelanjaan kita

seperti contoh dibawah

Gaji bersih RM 2000.00

potong untuk bayar rmh katakan RM200 tinggal 1800
potong untuk bayar broadband RM70 tinggal RM1730
potong untuk bayar bil telefon tinggal RM100 tinggal RM1630
potong untuk bagi dengan mak ayah katakan RM500 tinggal RM1130
potong untuk bayar kereta katakan RM400 tinggal RM 730
potong untuk minyak setiap bulan RM200 tinggal RM530
potong untuk bayar parking katakn RM100 tinggal RM430
potong untuk bayar personal loan katakan RM300 tinggal RM130
potong untuk makan dan minum sebualan RM300 jadi -270..

dimana wang untuk disimpan buat masa hadapan?
dimana wang untuk bayar PTPTN..
kalau dah kahwen mana wang untuk anak-anak...'

jika ingin mendapatkan jawapan marilah kita belajar di AKademi terunggul di Malaysia
Akademi Taipan 181..

Sunday, April 24, 2011

The new of me

Aku dah lama buka blog ni..tapi kerana aku tak ada masa so aku tak pernah update pun blog aku ynag cute dan comel ini..seingat aku..last aku update blog ni tahun lepas..bulan 3 ke empat..dan setelah aku teliti dan baca balik coretan-coretan didalam blog aku ini baru aku sedar yang semuanya melalut dan tak ada maknanya..but never mind...lepas ni i will use this blog untuk sharing with others about passion in life.....my life and any good story that might be ca inspired others....